Mengenai Kami

Written by Super User. Posted in Uncategorised

Alor Setar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 6°7′N 100°22′E

Bandaraya Alor Setar
بندراي الور ستر
Pemandangan Bandaraya Alor Setar
Mohor  bagi Bandaraya Alor Setar
Mohor
Nama samaran: AS, Bandaraya Bertamadun
Moto: Alor Setar Bandar Raya Warisan Yang Indah dan Sejahtera
NegaraMalaysia
NegeriKedah
Pembentukan 1502
Taraf Bandar Raya 21 Disember 2003
Kerajaan
 - Datuk bandar Dato’ Haji Mat Noh bin Ahmad (2011)
Kawasan
 - Bandar 257.1 batu persegi (666 km²)
Kepadatan (2010[1])[2]
 - Bandar 405,523
 - Kepadatan 3,518.6/batu persegi (1,358.55/km²)
 - Metro 500,000
Zon masa MST (UTC+8)
Laman web: www.mbas.gov.my
 
Permandangan Alor Setar dari sawah padi.
 
Permandangan Alor Setar dari atas kapal terbang Air Asia
Fail:AS1.jpg
Panorama Alor Setar pada waktu malam

Alor Setar (Jawi: الور ستر, singkatan: AS) atau juga dikenali sebagai Alor Star pada 2004-2008, ialah ibu negeri Kedah, Malaysia; yang merupakan bandar kedua terbesar di negeri Kedah selepas Sungai Petani (mengambil alih kedudukan tersebut pada tahun 2010 [3]) ; bandar penting dalam pantai barat Semenanjung Malaysia. Bandar ini menempatkan Pusat Pentadbiran Negeri Kedah dan Pusat Pentadbiran Daerah Kota Setar iaitu di Bandar Muadzam Shah dan bandar diraja Kedah iaitu Bandar Anak Bukit.

Alor Setar terletak 93 kilometer utara Butterworth, Pulau Pinang dan 45 km dari selatan sempadan Thailand. Bandar Alor Setar ini ditadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Alor Setar. Sebagai pusat pengangkutan di kawasan utara Semenanjung Malaysia, kawasan Alor Setar ini yang meliputi tanah seluas 666 km2 (persegi) diduduki oleh lebih daripada 300,000 ribu penduduk mengikut banci tahun 2010 yang merupakan salah satu bandar tertua di kawasan itu.

Alor Setar yang juga merupakan bandar penting negeri Kedah adalah diantara daripada lima bandar utama di Kedah selain daripada Bandar Sungai Petani, Bandar Kulim, Bandar Jitra dan Bandar Langkawi. Bandar-bandar ini juga membangun seiring dengan pembangunan yang ada di Alor Setar.

Alor Setar dihubungkan dengan negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia dengan sebuah lapangan terbang, iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim yang baru siap dibina pada 2006 yang hanya berkhidmat untuk penerbangan domestik tetapi turut menyediakan penerbangan antarabangsa hanya untuk jemaah haji, melalui Lebuhraya Utara-Selatan iaitu keluar masuk menerusi plaza tol Alor Setar Utara, plaza tol Alor Setar Selatan dan plaza tol Alor Setar Hutan Kampong, stesen kereta api di Pusat Bandaraya Alor Setar, stesen bas Shahab Perdana serta pengangkutan keluar dari tanah besar ke pulau Langkawi melalui Terminal Feri Kuala Kedah.

Alor Setar merupakan tempat kelahiran YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ramai juga selebriti Malaysia berasal dari sini.

Scan QR KOD

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia-pngmscMyGovernmentmampu1JPAHRMISgov

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

171700
Hari IniHari Ini7
SemalamSemalam32
Minggu IniMinggu Ini116
Bulan IniBulan Ini760
KeseluruhanKeseluruhan171700

Kemaskini

Tarikh
General update: 03-07-2016 23:59