Perutusan Ketua Jabatan

Written by Super User. Posted in Uncategorised

  Daerah Kota Setar sebagai sebuah daerah yang dianggap sebagai daerah senior di Negeri Kedah, kini sedang mengalami fasa pembangunan yang mencabar. Peningkatan drastik penduduk dan pertumbuhan perbandaran yang pesat, bakal mencorak senario pembangunan daerah serta mampu mencipta permasalahan sosial, ekonomi dan politik yang mencabar. Justeru, Pejabat Daerah Kota Setar yang berfungsi sebagai tulang belakang mekanisma pentadbiran peringkat daerah, harus bersedia dan mampu menangani cabaran perubahan yang sedang dan akan berlaku.

          Pelan Strategik ini pada dasarnya menyediakan kerangka visi serta misi yang jelas mengenai matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi ini dalam mengharungi isu-isu semasa dan akan datang. Visi dan misi yang ingin dicapai terutamanya terpaksi kepada pembentukan sebuah daerah contoh di mana program-program pembangunan sentiasa menekankan keseimbangan antara aspek fizikal, intelektual dan spiritual.

          Adalah diharapkan pelan ini akan menjadi elemen rujukan atau sebagai modus operandi dalam menentukan halatuju pembangunan Daerah Kota Setar yang terancang lagi praktikal. Dalam radius yang telah ditentukan, diharapkan komitmen dan iltizam semua pihak iaitu agensi kerajaan, sektor swasta dan NGO akan bersama-sama menggembleng sumber-sumber yang ada dalam usaha melaksanakan strategi-strategi yang telah ditetapkan.

Pegawai Daerah Kota Setar
Kedah Darul Aman

Scan QR KOD

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia-pngmscMyGovernmentmampu1JPAHRMISgov

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

173840
Hari IniHari Ini13
SemalamSemalam36
Minggu IniMinggu Ini203
Bulan IniBulan Ini561
KeseluruhanKeseluruhan173840

Kemaskini

Tarikh
General update: 03-07-2016 23:59