Sejarah Pentadbiran

Written by Super User. Posted in Profil

PENTADBIRAN DAERAH

            Seluruh Daerah Kota Setar terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kota Setar, manakala pentadbiran tanahnya pula terbahagi kepada pentadbiran Pejabat Tanah Kota Setar dan Pejabat Tanah Pokok Sena. Pengasingan pentadbiran tanah bermula sejak tahun 1991. Pada 1 januari 2008 pentadbiran daerah dan tanah Pokok Sena telah diasingkan terus dengan wujudnya Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena. Dari segi pembahagian mukim terdapat 28 mukim dalam pentadbiran Pejabat Daerah Kota Setar.

            Pusat pentadbiran daerah ditempatkan di Wisma Negeri Alor Setar, dimana Pejabat Daerah Kota Setar mengambil sebahagian kecil ruangan dalam Kompleks Wisma Negeri ini untuk di jadikan pejabat pentadbiran. Pada masa kini, Pejabat Daerah Kota Setar mempunyai 35 kakitangan dan 20 orang penghulu mukim. Kawasan pentadbiran dibahagikan kepada 3 sempadan kawasan iaitu :

  1. Melalui mukim di mana terdapat 28 mukim yang diterajui oleh Penghulu sebagai mewakili Pegawai Daerah di peringkat mukim.
  2. Melalui kawasan MADA dan di luar kawasan MADA.
  3. Melalui kawasan pilihanraya.

LATAR BELAKANG DAERAH

            Daerah Kota Setar merupakan Daerah yang ke 4 luasnya di Negeri Kedah. Kedudukannya bersempadan dengan Daerah Kubang Pasu di sebelah utara, Daerah Padang Terap dan Pendang di bahagian timur dan Daerah Yan Di sebelah selatan, ke arah barat pula bersempadan dengan pantai laut selat Melaka.

SEJARAH RINGKAS BANDAR ALOR SETAR

            Pusat pentadbiran dan pemerintahan Negeri Kedah telah bertukar sebanyak 8 kali sepanjang tempoh 599 tahun, seramai 27 orang Sultan memerintah Negeri Kedah dan ini menjadikan Kedah sebagai Negeri tertua di Malaysia yang menpunyai salasilah pemerintahan kesultanan dan antara negara pemerintah yang tertua di dunia. Kini Sultan HJ ABDUL HALIM MUADZAM SHAH adalah pemerintah yang ke 28 kesultanan Negeri Kedah.

            Bandar Alor Setar diasaskan oleh Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muadzam Shah II, Sultan Kedah ke 19 (1710-1778) pada hari sabtu 31 disember 1735 bersamaan 15 Syaaban 1148 hijrah. Menjelang tahun 1736, Alor Setar menjadi ibu Negeri Kedah.

            Baginda dengan rasminya berangkat dari Istana Kota, Bukit Pinang dan bersemayam di Istana Kota Setar. Mengambil nama sempena adanya sebuah alor (anak sungai) yang mengalir di kawasan ini dan juga terdapat sebatang pokok Setar yang tumbuh di tepi alor tersebut maka lahirlah nama "Alor Setar'' yang kemudianya telah menjadi pusat pentadbiran Negeri Kedah Darul Aman yang ke 8.

KELUASAN

            Keluasan Daerah Kota Setar yang terkini 422.99 km². Dearah Kota Setar mempunyai 28 mukim yang diketuai oleh 20 orang penghulu.

Scan QR KOD

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia-pngmscMyGovernmentmampu1JPAHRMISgov

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

169503
Hari IniHari Ini21
SemalamSemalam38
Minggu IniMinggu Ini90
Bulan IniBulan Ini801
KeseluruhanKeseluruhan169503

Kemaskini

Tarikh
General update: 03-07-2016 23:59