Kembali Bertugas Ahad Ini

Written by Super User. Posted in Berita

Kembali Bertugas Ahad Ini

29ahmad

SUNGAI PETANI 29 Jun- Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dijadual kembali memulakan tugas rasminya pada Ahad ini berikutan keadaan kesihatannya yang semakin baik.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, bagaimanapun pakar perubatan menasihatkan Ahmad Bashah supaya memulakan tugasnya secara perlahan-lahan.

"Menteri Besar sudah sihat dan beliau dijadual mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada 3 Julai (Ahad) nanti di Wisma Darul Aman, diikuti program moreh bersama media dan satu lagi program keesokan harinya.

"Sekarang ini beliau masih berehat di rumah. Doktor menasihatkannya untuk bermula dengan perlahan-lahan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Muafakat Soq Mahasiswa Kedah 2016 di perkarangan bangunan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) di sini, hari ini.

Shaiful Hazizy berkata, Ahmad Bashah bagaimanapun masih perlu menjalani rawatan susulan di hospital namun belum pasti kekerapannya.

Ahmad Bashah dilaporkan pitam ketika menghadiri mesyuarat di Hotel Grand Alora, Alor Setar pada 4 Jun lalu sebelum dikejarkan ke Kedah Medical Centre dan dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP) pada hari berikutnya.

Sepanjang berada di HPP, Ahmad Bashah turut menjalani pembedahan akibat komplikasi usus.

Sumber : Sinar

Scan QR KOD

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia-pngmscMyGovernmentmampu1JPAHRMISgov

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

171700
Hari IniHari Ini7
SemalamSemalam32
Minggu IniMinggu Ini116
Bulan IniBulan Ini760
KeseluruhanKeseluruhan171700

Kemaskini

Tarikh
General update: 03-07-2016 23:59